Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said
kedaluwarsa

Sabtu, 9 Julai 2011
Jumaat, 8 Julai 2011
perhimpunan BERSIH 2.0...hasil persutujuan...(IMAM MUDA ASYRAF)
Disebabkan banyak pertanyaan yang mahukan komentar berkenaan Himpunan Bersih. Maka, baru-baru ini beberapa tokoh agama yang telah berkumpul untuk kali keduanya. Saya sebagai seorang pelajar yang masih mentah, juga berada bersama. Saya berasa amat kerdil disisi mereka. Siapalah saya berbanding orang-orang yang diberi kelebihan Allah kepada mereka. Namun peluang untuk bersama para ilmuan ini suatu yang amat saya cintai.
Akhirnya kami bersetuju memasukkan topik perhimpunan BERSIH sebagai agenda perbincangan. Alhamdulillah, pemilihan para asatizah disini dilihat umum sebagai yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Kami berharap pandangan dan keputusan golongan kerdil dari kami ini sebagai suatu tanggungjawab kami serta hak kami dalam menyatakan pandangan. Kami telah sebulat suara membuat keputusan dalam liqa bulan lepas. Tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Parti Politik dan NGO. Sebelum itu dinyatakan dahulu asatizah2 tersebut.
PERSOALAN...
Salam,
sy ingin bertanya..dari segi situasi sekarang…pd pandangan sy..
1. provokasi xakan dpt dielakkan sekiranya demonstrasi terutama demonstrasi jalanan dijalankan. ini kerana pd pendapat sy, pasti ade pihak2 akan mengambil kesempatan dari keadan huru-hara.
2. Adakah satu demonstrasi itu dihalalkan sekiranya ia menggangu gugat aktiviti, kerja2 harian. Cth: perniaga yg sedang berniaga, terganggu. org nk ke pejabat utk berkerja(terutama yg ade shift) terganggu. Hal2 kecemasan seperti org nk bersalin, pabila jln2 ini dipenuhi org berdemonstrasi pasti mengganggu perjalanan ke hosp, dan apakah akibat/hukum sekiranya dari demosntrasi ini mengakibatkan nyawa(cth: terpaksa besalin dlm kete, xde peralatan..risiko siapa nk tanggung)
1. provokasi xakan dpt dielakkan sekiranya demonstrasi terutama demonstrasi jalanan dijalankan. ini kerana pd pendapat sy, pasti ade pihak2 akan mengambil kesempatan dari keadan huru-hara.
2. Adakah satu demonstrasi itu dihalalkan sekiranya ia menggangu gugat aktiviti, kerja2 harian. Cth: perniaga yg sedang berniaga, terganggu. org nk ke pejabat utk berkerja(terutama yg ade shift) terganggu. Hal2 kecemasan seperti org nk bersalin, pabila jln2 ini dipenuhi org berdemonstrasi pasti mengganggu perjalanan ke hosp, dan apakah akibat/hukum sekiranya dari demosntrasi ini mengakibatkan nyawa(cth: terpaksa besalin dlm kete, xde peralatan..risiko siapa nk tanggung)
JAWAPAN IMAM MUDA ASYRAF
Terima Kasih…satu soalan yang amat baik…
Dalam perbincangan ada kami mebincangkan perkara ini. Kami menetapkan…hukum asal setiap yang menggangu orang awam maka ianya tidak dibolehkan.
Namun apa yang boleh dikongsi disini, hasil beberapa pandangan asatizah dalam perjumpaan ini berkata bahawa, perhimpunan manusia di tempat awam boleh diatasi dengan mudah. Sperti mana berhimpunnya pesta Chingei, Thaipusam, Lumba Basikal, Marathon, Citra Warna, Konsert Besar-besaran dll…Jika dirujuk, sudah pasti perarakan yang saya sebutkan ini juga wajib dihalang kerana ianya juga menghalang kerja-kerja harian dan juga kecemasan..Persoalan yang sama akan berbangkit, siapa yang akan menanggung risiko orang bersalin jika jalan disekat kerana marathon dsbgainya…Sepatutnya perhimpunan manusia ini di tangani pihak berkuasa sama seperti himpunan2 yang dinyatakan diatas.
Mengikut perbincangan yang dibuat oleh kami. Perhimpunan manusia ini TIDAK AKAN berlaku huru hara…Tetapi ianya AKAN berlaku huru hara disebabkan PROVOKASI ataupun tekanan dari pihak2 lain.
Contoh yang jelas dan penerangan dari Ustaz Dr Maszlee Malik salah seorang aktivis Palestin di UK, berkata, sekatan dan halanganlah yang mencetuskan huru hara. Sebagai contoh persoalan yang beliau bangkitkan katanya : “Apa beza demonstrasi di negara Barat dan demonstrasi di negara Timur Tengah….kenapa demonstrasi di barat berlaku aman dan harmoni tanpa ternampak huru hara?”…jawapan yang diberikan adalah “Provokasi dan halangan untuk bersuara”…sebab itu di Barat demonstrasi itu dianggap biasa, malah memberi maklumat kepada masyarakat rintihan sesuatu pihak. Ini kerana cara menangani demonstrasi itu ditangani dengan bijak oleh pihak penguasa. Namun ianya menjadi agak huru hara di Timur Tengah kerana cara pengawalan yang tidak memberi peluang untuk manusia menyatakan rintihan.
Namun, kami hanya berbincang berkenaan hukum shaja. Pihak kami tidak mencadangkan atau memberi sebarang galakan terhadap himpunan ini. terpulang kepada individu dalam memahaminya. Wallahua’lam
Bagi peniaga pula, ianya bukanlah suatu yang menggangu. Malah lebih menguntungkan kerana mendatangkan lebih ramai pembeli dikalangan yang berhimpun.
Khamis, 7 Julai 2011
Teguran Itu Penting....
Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
Selasa, 5 Julai 2011
malique feat dr mahathir
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
Tanah air kita yang punya
Kita siram kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ya tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
permulaan baru..~~~
bermulanya hari nie....tercipta la blog yang bakal mengoncang jagatraya ini...semua nya yang terbaik dari ladang..layan..peace yoo..
Langgan:
Catatan (Atom)